Pameran di Karnival & Himpunan Usahawan AIM 2018
26 November 2018 | Aktiviti TerkiniPameran booth PI telah diadakan pada 25 November 2018 sempena Karnival & Himpunan Usahawan AIM 2018. Pameran advokasi ini anjuran kerjasama tiga buah PI iaitu PI Bekenu, PI Sibuti, dan PI Niah. Pameran ini diadakan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga pukul 1.00 petang di Dewan Masyarakat Bekenu.
Tujuan program ini adalah untuk mempromosikan Pusat Internet (PI) dan berkongsi tips keselamatan di internet. Antara pengisian aktiviti pameran adalah pengenalan KDB, advokasi dan e-kelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: